Doa Waktu Dhuha (Doa Murah Rezeki)

Hiasan

Assalamualaikum, salam tahun baru 2012. Sempena tahun baru ini, saya ingin kongsikan satu doa yang seelok-eloknya kita bacakan sebagai amalan seharian kita. Apa salahnya setiap hari kita berdoa untuk murah rezeki atau pun jika berkesempatan, selepas menunaikan solat dhuha.

Kita mudah ingat apabila sesuatu lagu dimainkan berkali-kali dan sering menyanyikan semula. Apa kata kali ini, kita dengarkan pula doa-doa yang mana sering kita lupa dengan cara melagukannya seperti doa-doa, hadith-hadith dan juga ayat suci alquran mengikut bacaannya yang betul. Disamping dapat mengingati doa dan bacaan, kita dapat juga menjadikannya sebagai zikir dan mengingati Allah.

Kadang-kala, kita tidak tahu bahawa lagu-lagu yang dilagukan itu adalah maksud ayat-ayat suci al-quran. Saya hari ini kongsikan doa waktu dhuha atau pun doa murah rezeki. Semoga kita mudah mengingatinya melalui cara yang sesuai dan tidak menyalahi sebutan dan maknanya. Insya-Allah. Bolehlah dikongsikan atau disebarkan ke dalam blog-blog, Facebook dan apa-apa medium yang lain.

 

 

 

 

Sumber