Eisriensenwelt Gua Ais Terbesar Di Dunia

Terdapat pelbagai tempat yang cantik dan menakjubkan di dunia ciptaan tuhan ini. Contohnya seperti Tasik Baikal, tasik yang paling panjang dan dalam di dunia yang pernah kami kongsikan dulu. Post kali ini kami nak kongsikan satu lagi keajaiban alam iaitu Eisriensenwelt, gua ais terbesar di dunia yang terletak di Werfen, Austria. Untuk pengetahuan tambahan, Eisriesenwelt adalah bahasa Jerman yang bermaksud “World of the Ice Giants” atau Dunia Gergasi Ais. Ia merupakan gua ais terbesar di dunia dan mempunyai keluasan 30, 000 kaki persegi. Baru 45km sahaja ruang yang telah diteroka. Teruskan membaca untuk melihat gambar di sekitar gua ais ini.

 

 \

 

Macam mana menarik dan menakjubkan bukan? Gua ini telah ditemui pada 1827 tetapi hanya dibuka kepada umum pada tahun 1912. Walaupun Malaysia tak ada gua ais macam ni, tapi negara kita tetap kaya dengan pelbagai keindahan alam semula jadi yang cantik dan menakjubkan. Maka pelihara la ia supaya anak cucu kita pon dapat menikmati keindahan alam ini semua

 

Sumber