Luar Biasa! Pesta Membakar Dadah Di Acheh
Luar Biasa! Pesta Membakar Dadah Di Acheh | Kebiasaannya kita melihat orang ramai mengunjungi pesta air, pesta belon udara, dan sebagainya. Namun kali ini mungkin kita tertanya-tanya, mengapakah orang ramai berkerumun melihat ratusan bungkusan dibakar. Bukan jerebu disebabkanpembakaran sampah yang besar, sebaliknya pembakaran untuk menghapuskan dadah yang dirampas secara besar-besaran. Pihak polis bandar Acheh telah bertindak membakar dadah yang bernilai hampir 11 milion Rupiah yang telah pun dirampas sejak bulan Januari hingga bulan ini. Proses pembakaran itu telah diadakan di perkarangan balai polis Mapolda Acheh, Bandar Acheh.
Sindeket penyebaran dan pemprosesan dadah di bandar itu telah berleluasa sejak beberapa tahun ini.
Malah, sebanyak 700 kes sudah dilaporkan melibatkan kes dadah. Dalam proses penghapusan itu, sebanyak 6,000 bungkus ganja, 1.8 kilogram heroin, 1.4 kilogram syabu, dan 2.5 tan ganja kering telah dibakar di hadapan penduduk bandar itu. Sepanjang tahun ini juga pihak polis di negara itu teah memusnahkan ladang ganja seluas 36.5 hektar.
ps/Salah satu usaha yang harus dipuji kepada pihak polis di Indonesia. Bagi pembekal dadah di luar sana, mungkin satu pembaziran, namun bagi kita ia satu kejayaan. Penyalahgunaan dadah adalah sangat berbahaya bukan sahaja untuk diri kita malah untuk orang lain juga. Jadi tidak hairanlah jika orang yang mengedarkan dadah dihukum gantung sampai mati.

