Pelancaran Windows 8 Sah 26 Oktober 2012

 

Microsoft menetapkan tarikh 26 Oktober 2012 sebagai tarikh pelancaran rasmi Windows 8. Pada beberapa bulan lalu, Microsoft mengumumkan bahawa pelancaran Windows 8 akan dibuat pada hujung Oktober 2012 tapi tidak memberitahu tarikh tetap, kini tarikh itu sudah diketahui. Pengumuman mengenai tarikh pelancaran Windows 8 dikeluarkan oleh Brandon LeBlanc dalam artikel terbaru beliau di blog rasmi pasukan pembangun Windows 8. Tarikh pada penghujung Oktober 2012 itu rupanya hampir bersamaan dengan tarikh pelancaran Windows 7 yang diadakan pada 22 Oktober 2009 satu ketika dulu. Bersempena pelancaran Windows 8, tablet Surface yang merupakan tablet keluarkan Microsoft menggunakan sistem operasi Windows 8 dijangka akan turut dilancarkan pada hari yang sama. Selepas itu, jenama pengeluar komputer terkemuka seperti Hp, Acer, Dell dan Lenovo akan memperkenalkan peranti terbaru masing-masing memuatkan Windows 8 sebagai sistem operasi.

 

SumberĀ