Penemuan Haiwan Paling Pelik Di Dunia!

Kali ini lagi pelik! Memandangkan blog saya pun dah bertukar kulit kepada kucing biru di atas, dan sudah mula buat banner exchange link sendiri dengan gambar katak! ( Motifnya Saya Pencinta Haiwan) faham-fahamlah ya! Kembali pada topik asal, jom tengok sambil belajar mengenai haiwan-haiwan ini!(nanti korang semua penat nak baca ngomelan panjang saya! Jom layan…^-^!)

 

 

Anda rasa mukanya sejibik macam beruang kan? tapi ni panda yang berwarna merah!Sebab itu namanya Red Panda @ dalam bahasa malaysia kalau tak faham panda merah.Nama saintifiknya ialah Ailurus fulgens diambil dari perkataan Latin bentuk Greek, Ailourous maknanya “kucing” dan fulgens dalam perkataan Latin bermaksud “bersinar” digabungkan menjadi “kucing bersinar”. Panda merah ni lebih kepada mamalia herbivor
Anda rasa panda ni kecil ke besar? Sebenarnya kecil jer! saiznya besar sikit dari kucing yang ada kat malaysia (55cm).

Red Panda mempunyai kuku semi retractile, seperti Giant Panda, Red Panda juga mempunyai satu “ibu jari palsu” yang sebenarnya ialah satu sambungan tulang pergelangan kepak. Bulu tebal pada tapak kakinya memberi perlindungan dari kesejukan dan menyembunyikan kelenjar sentuhan. Red Panda adalah berasal dari Banjaran Himalaya di Nepal dan juga Selatan China. Last sekali, Panda berasal dari perkataan Nepal iaitu “ponya” yang bermaksud buluh @ tanaman makanan haiwan di Nepal.

Namanya Sloth, Sloth adalah mamalia berukuran sederhana yang tinggal di Amerika Tengah dan Selatan milik keluarga Megalonychidae dan Bradypodidae dan sebahagian daripada tahanan Agrimonia. Kebanyakan saintis menyebutnya mingikut dua jenis keluarga Subordo Folivora, sementara beberapa menyebutnya Phillohaga.

Sloth adalah omnivor, mereka mungkin makan seranga, cicak dan bangkai, tapi makanan diet mereka adalah terdiri dari tunas pokok, pucuk-pucuk pokok dan juga daun.

Daun adalah sumber makanan utama mereka. Memberi tenaga yang sedikit atau nutrition dan tidak hadam dengan dengan mudah. Sloth pempunyai ruang perut yang besar dan khusus, lambat bertindak dengan beberapa bahagian di mana bakteria simbiotik mencerna daun yang liat.

Sebanyak dua pertiga dari berat badannya yang cukup makan terdiri dari isi perutnya dan proses pencernaan boleh mengambil masa selama satu bulan atau lebih untuk menyelesaikannya. Meskipun demikian, daun mempunyai tenaga yang sedikit, jadi cara Sloth menanganinya adalah dengan tahap metabolisme mereka yang sangat rendah ( kurang dari setengah yang diharapkan untuk mahluk saiz mereka) dan mengekalkan suhu badan yang rendah semasa aktif (30-34 darjah Celcius) dan mengekalkan suhu yang lebih rendah ketika mereka sedang berehat. Lastly, Sloths hidup terutama di pepohonan Cecropia.

 

Emperior Tamarin @ Maharaja Tamarin (Imperator Saguinus) namanya dikatakan dinamai Maharaja Tamarin kerana ada persamaan dengan Maharaja Jerman Wilhelm II. Pada mulanya namanya hanya dianggap sebagai bahan jenaka, lama-kelamaan nama itu di jadikan nama rasmi saintifik.

Tamarin ini tinggal di barat daya Amazon Basin, di Timur Peru, Utara Bolovia dan negara Brazil di bahagian  barat Acre dan Amazonas. Bulu Tamarin lebih berwarna kelabu dengan bintik kekuning-kunigan pada dadanya, tangan dan kaki hitam dan ekor berwarna perang dan juga panjang. berkumis @ misai putih seperti gambar di atas yang menjangkau kedua-dua sisi melebihi paras bahunya. Haiwan ini mencapai ketinggian 24 hingga 26 cm dan apabila ditambah ekornya, tingginya mencapai 35 cm. Beratnya pula sekitar 300-400g.

Tamarin ini tinggal di hutan hujan tropika,dan hidup di pedalaman hutan yang open tree dengan daerah yang tertutup.Tamarin ini menghabiskan masa siangnya dengan bergayut di dahan-dahan pohon sambil melompat-lompat dengan pantas ke dahan yang lain.

 

Monyet Saki Berwajah Putih atau dalam bahasa saintifik (Pithecia), juga dikenali sebagai Monyet Saki Guianan dan Monyet Saki berwajah Golden, adalah spesies Monyet Saki, sejenis monyet Dunia Baru yang ditemui di Brazil, Guyana Perancis, Guyana, Suriname dan Venezuela . Monyet ini kebanyakan memakan buah-buahan, tetapi juga kacang, biji-bijian, dan serangga.

Oklah! Sampai sini dulu penemuan saya ni, saya akan kembali dengan penemuan baru di bahagian yang ke-3! Penemuan Haiwan Paling Pelik Di Dunia akan berakhir pada bahagian ke-4 (dah macam drama berepisode la pulak!) Sememangnya saya akan terus menulis mengenai fakta dan berita yang penuh dengan pelajaran kepada sesiapa yang memang sukakannya! Saya harap entry saya ini dapat memberikan pengajaran berguna kepada anda-anda semua

 

sumber