Puluhan ribu bantah Innocence of Muslims
Kuala Lumpur: Lebih 11,000 orang menyertai perhimpunan aman membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW di Masjid Kampung Baru dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di sini.
Bantahan anjuran Pemuda UMNO dan Pemuda PAS sejurus solat Jumaat itu mendesak AS mengambil tindakan tegas terhadap penerbit dan pengarah filem terbabit yang bukan setakat menghina Rasulullah SAW, malah mengguris umat Islam keseluruhannya.
Perhimpunan lebih tersusun
“Hormati kami, kami akan menghormati anda. Kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi ada batasnya,” katanya.
Ketika ditemui selepas perhimpunan itu, Khairy berkata, Pemuda UMNO akan mengundang Pemuda PAS untuk menghadiri perhimpunan bersama bagi menyuarakan bantahan yang sama dalam majlis lebih tersusun, minggu depan.
Setakat ini, lokasi dan tarikhnya belum ditentukan, katanya.
Sementara itu, Ibrahim ketika berucap, mendesak AS mengambil tindakan tegas atas kebiadapan penerbit dan pengarah filem berkenaan dan mereka tidak harus dibiarkan tanpa sebarang hukuman.
Di depan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, perhimpunan Pemuda PAS berjalan tanpa kejadian tidak diingini.
Memorandum membantah filem berkenaan disampaikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kepada wakil jabatan keselamatan kedutaan itu.
Mereka yang mula berhimpun mulai jam 2 petang bersurai kira-kira jam 3.15 petang.
