Subhanallah! Cahaya Berwarna Hijau Di Langit Kanada

Subhanallah! Cahaya Berwarna Hijau Di Langit Kanada | Langit selalu berwarna cerah kebiru-biruan di waktu siang, dan kehitaman di waktu malam. Namun ada kala, berlakunya fenomena menakjubkan seperti sebelum ini, di mana langit kelihatan berwarna ungu di Britain (LINK), namun di Kanada pula, berlakunya fenomena cahaya hijau di langit ketika waktu gelap. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealis menghiasi langit dekat Yellowknife. Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari.

Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun.

Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife.

Sumber